Tadika Iman mula ditubuhkan di Lorong Pok Dir, Jalan Bayam, Kota Bharu dengan matlamat menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti berteraskan nilai-nilai Islam.

Seiring dengan pertambahan permintaan dan kepercayaan masyarakat terhadap pendidikan yang ditawarkan, Tadika Iman terus berkembang. Pada tahun 2000, sebuah cawangan baharu iaitu Tadika Iman Guchil (kini dikenali sebagai Tadika Iman Junior) telah ditubuhkan di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu bagi memenuhi keperluan pendidikan awal kanak-kanak di kawasan sekitar.
Kini, Tadika Iman Junior terus komited dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan seimbang dari segi akademik serta sahsiah, selaras dengan visi dan misi penubuhannya sejak lebih tiga dekad yang lalu.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Pendidikan adalah satu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan Rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang, dan dinamik berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Usaha ini adalah untuk membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan Negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagian di dunia dan akhirat.
"Melahirkan murid yang sihat dalam aspek fizikal, mental, dan kerohanian, boleh berkomunikasi dan bersosialisasi, berkeyakinan diri dan memiliki keinginan untuk belajar."
Tadika Iman Junior menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, digabungkan dengan pendekatan pembelajaran berasaskan bermain dan aktiviti hands-on.
Pelaksanaan kurikulum ini disokong oleh elemen Adab, Pengetahuan dan Kemahiran melalui kandungan pembelajaran, pedagogi dan pentaksiran yang menyeluruh.
Kurikulum kami memberi penekanan kepada enam bidang pembelajaran utama bagi menyokong perkembangan menyeluruh kanak-Kanak.
Kurikulum kami memberi penekanan kepada tujuh pembangunan utama bagi membentuk anak yang beradab, berilmu, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Membantu perkembangan fizikal, koordinasi badan dan keyakinan diri melalui permainan dan aktiviti pergerakan.
Mengembangkan kreativiti, imaginasi dan ekspresi diri melalui aktiviti seni, muzik, nyanyian dan kraf tangan.
Membangunkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Memperkenalkan konsep nombor, bentuk, pola dan penyelesaian masalah mudah.
Membentuk akhlak mulia serta penghayatan nilai dan amalan Islam.
Membantu kanak-kanak mengenali dan menggunakan perkataan asas bahasa Inggeris dalam komunikasi harian.
Memperkenalkan konsep sains melalui aktiviti penerokaan, pemerhatian dan eksperimen mudah yang sesuai dengan usia kanak-kanak.
Modul Tambahan
Tarbiah "Membina Keperibadian Muslim"