Pengenalan

Sejarah

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AMAN

1989

Tadika Iman ditubuhkan di Lorong Pak Dir, Jalan Bayam, Kota Bharu

1990

Sekolah Rendah Islam Aman ditubuhkan. Pengambilan sulung pelajar Sekolah Rendah Islam Aman berdaftar dengan MAIK & Jabatan Pendidikan Kelantan dengan nama sekolah rendah (swasta) SRI Aman. Bertempat di Wisma Pustakan Aman Press (PAP), Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan (Oleh Hj Hassan Yaakob – Allah Merahmati Rohnya). Bermula dengan Tahun 1 seramai 50 orang murid dan 5 orang tenaga pengajar.

1993

Seorang dermawan, Hj. Muda bin Hj. Yunus (Moga Allah Merahmati Rohnya) telah mewakafkan 2 ekar tanah untuk tapak kekal SRI Aman di Binjai. Ekoran itu, Jawatankuasa Pembangunan Binjai ditubuhkan untuk membeli kawasan tambahan serta membangunkan tanah tersebut untuk Kompleks Pendidikan Islam Aman di Binjai.

1994

SRI Aman berpindah di Jalan Merican kerana pertambahan pelajar yang amat menggalakkan.

1997

Sekolah Menengah mula ditubuhkan dengan nama Sekolah Menengah Islam Aman (SMI Aman), bertempat di Jalan Merican (Dalam Kawasan SRI Aman) dengan 14 orang pelajar Tingkatan 1 & 5 orang tenaga pengajar.

1999

Tadika Iman Telipot ditubuhkan. Dan Pusat Pendidikan Aman diwujudkan.

2000

Tadika Iman Guchil ditubuhkan. SMI Aman berpindah ke Wisma Pustaka Aman Press, Jalan Sultan Yahya Petra.

2002

SRI Aman mendapat Anugerah Pencapaian Cemerlang UPSR Peringkat Kebangsaan, 24 daripada 80 calon mendapat 5A. Sehingga kini, SRI Aman mempunyai 26 kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan 4 kelas bagi setiap tahun dengan jumlah pelajar 620 dan 48 orang guru. SMI Aman pula telah mempunyai 3 kelas dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dengan pelajar 71 orang dan 8 orang guru.

2004

Pengambilan kumpulan pertama Tingkatan 4 aliran Sains dan Syariah serta Sains dan Pengurusan.

2005

Kumpulan pertama 12 orang pelajar SMI Aman mengambil SPM. Satu orang pelajar berjaya mendapat 12A.

2006

Pasukan SMI Aman masuk Pertandingan Akhir “Young Achievers Award” Peringkat Kebangsaan anjuran Institute of Surveyors Malaysia” dan mendapat Johan Kategori persembahan dan Tempat Ketiga keseluruhan.

2008 

SMI Aman berpindah ke Kompleks Pendidikan Aman, Binjai

2011

Penubuhan SRI Aman Wakaf Bharu

2012

Penubuhan SRI Aman Machang

2013

Penubuhan Akademi Tahfiz Aman