Pengenalan SRI Aman Wakaf Bharu

Pengenalan SRI Aman Wakaf Bharu

ASPIRASI PENUBUHAN
Sekolah Rendah Islam Aman Wakaf Bharu (SRI Aman WB) ditubuhkan pada Oktober 2010 dan memulakan persekolahan pada Januari 2011. SRI Aman WB merupakan cawangan dan kesinambungan Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu yang ditubuhkan pada 1991 dengan aspirasi penubuhan, melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi Muslim akan datang. Institusi ini menyahut cabaran meneruskan tradisi penyebaran Islam di negeri Kelantan – Tanah Serambi Mekah yang telah melahirkan ratusan ulama’ berwibawa. Sistem pendidikan Islam di SRI Aman menekankan pendidikn Islam sesuai dengan keperluan semasa

VISI
Menjadi sebuah institusi pendidikan terunggul di Kelantan menjelang 2016

MISI

Menyediakan sistem pendidikan Islam untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia, berketerampilan dan menyumbang kepada pembinaan negara

PENDIDIKAN BERSEPADU
Pendidikan Sekolah Rendah Islam Aman menggunakan konsep tauhid dan akhlak merentasi kurikulum. Kurikulum pendidikan Islam bersepadu ini bertujuan membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi kebaikan dunia dan akhirat