Image Banner

DAULAT TUANKU

Daulat Tuanku.
Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
LAGI

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2023

Selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023. Semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang!

Tulus ikhlas dari seluruh warga Pusat Pendidikan Aman

"Membina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang"

LAGI

SAWB - TOKOH GURU BESAR CEMERLANG PERINGKAT PPD TUMPAT

Tahniah Ustaz Abdul Rashid Bin Abdul Lateh (Abdul Rashid Abdul Lateh) atas penerinaan anugerah sebagai Tokoh Guru Besar Cemerlang peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi pembakar semangat para pendidik. InsyaAllah semoga lebih banyak kejayaan yang akan diraih di masa akan datang.

TAHNIAH!!

“Membina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang”

LAGI

SRI AMAN KOTA BHARU MENANG SAGUHATI DALAM PERKISS 2023

TAHNIAH& SYABAS diucapkan kepada Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu atas kemenangan saguhati dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS) 2023 Peringkat Negeri anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp dan Kementerian Pembangunaan Kerajaan Tempatan. Program tersebut turut mendapatkan tajaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Fraser & Neave Holding Berhad (F&N) dan Tetra Pak Malaysia.

Kami amat berbangga menyaksikan penglibatan aktif dan keprihatinan warga SRI Aman Kota Bharu sepanjang kempen ini berlangsung. Semoga program sebegini akan lebih giat dianjurkan bagi memberi inspirasi dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera disamping dapat menyemai sikap cintakan alam sekitar dalam kalangan diri pelajar. Ingatlah tanggungjawab menjaga kebersihan dan memelihara kelestarian alam adalah tanggungjawab bersama. Sekali lagi Syabas diucapkan kepada seluruh warga SRI Aman Kota Bharu.

“Membina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang”

#PusatPendidikanAman

#SRIAmanKotaBharu

#PerKISS2023

#malaysiabersihindahsejahtera

LAGI

GURU BESAR SRI AMAN WAKAF BHARU TERIMA ANUGERAH GURU BERWIBAWA

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Guru Besar Sekolah Rendah Islam Aman Wakaf Bharu, Ustaz Rashid Bin Abdul Lateh atas anugerah Guru Sekolah Swasta Berwibawa yang diterima pada 16 November lalu bersempena Majlis Apresiasi Guru & Perkongsian Ilmu Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Tahun 2023 bertempat di Dewan Sri Tunjong.

Anugerah ini membuktikan bahawa iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang berterusan yang ditonjolkan mampu meletakkan para pendidik untuk bersaing dan berjaya di peringkat tertinggi. Semoga kejayaan ini memberi sentuhan paradigma serta menyuntik semangat juang kepada seluruh pendidik di Malaysia untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam arena Pendidikan antarabangsa.

"Membina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang"


#PusatPendidikanAman
#SRIAmanWakafBharu
#SRIAmanKotaBharu
#SRIAmanMachang
#MalaysiaMadani
#KaramahInsaniah 

 
LAGI

INSTITUSI AMAN RAIH KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN VIDEO PENDEK IKRAM MUSLEH 2023

Alhamdulillah telah berlangsung majlis penutup & pengumuman pemenang bagi Pertandingan Video Pendek IKRAM Musleh (PVPIM) pada Jumaat, 6 Oktober 2023 anjuran Sektor Kokurikulum IKRAM Musleh & KRS Musleh dengan kerjasama Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-sekolah Islam Malaysia, Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JIST) Indonesia & Assalam Smart School Association of Thailand (ASSA).

Sebanyak 18 acara telah dipertandingkan dan alhamdulillah serta tahniah kami ucapkan buat semua, khususnya kepada guru-guru dan peserta daripada sekolah-sekolah Pendidikan Aman. Syabas dan tahniah!!

Kami mendoakan agar kejayaan yang dimenangi ini memberikan semangat serta inspirasi kepada para pelajar untuk terus aktif dalam kokurikulum, meningkatkan sahsiah serta disiplin pelajar dan menanamkan lagi semangat cintakan ilmu.

Teruslah maju kehadapan dan semoga beroleh kemenangan hebat. Amin, inshaAllah.

“Membina Insan Mulia Melalui Insan Penyayang”

LAGI

SALAM MAAL HIJRAH 1445H/2023

Salam Maal Hijrah 1445H & Selamat Tahun Baru Islam 2023.
 
Rebutlah peluang ini untuk sentiasa memperbaharui kehidupan demi menjamin ummah yang berkualiti.
 
“Membina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang”
LAGI

Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan