Seramai 196 orang murid dari Sekolah Rendah Islam Aman diuji ketahanan mental dan fizikal selama tiga hari iaitu dari 15 hingga 17 Julai 2010 apabila mengikuti program Latihan Kepimpinan Diri Tunas Kadet Remaja Musleh (TKRSM) di Kem Kok Keli.
Pengarah program, Rosnani Abdullah berkata, tiga hari dua malam mereka berkhemah di Kem Kok Keli bagi menilai kemahiran sebagai ahli Tunas Kadet Remaja Musleh apabila perlu menyempurnakan pelbagai ujian termasuk kawad kaki, mendirikan khemah, pertandingan memasak dan pelbagai lagi cabaran yang perlu ditempuh. Menurutnya lagi, ini juga satu latihan kepada peserta memupuk sikap kepimpinan dalam diri dan semangat kerjasama di kalangan peserta.
Selama tiga hari di sini peserta diajar hidup berdikari tetapi dalam masa yang sama turut diisi dengan program berbentuk kerohanian seperti qiamulai, solat berjemaah, zikir bersama dan kuliah subuh, slot muhasabah diri “Sentuhan Hati” dan sebagainya. Peserta yang menyertai kem ini adalah dari kalangan murid Tahun 5 dan 6 yang turut dapat menyahut cabaran sepanjang perkhemahan mereka di sini walaupun pengisian program yang diatur cukup padat.
Hari terakhir mereka perlu melepasi ujian ‘jungle traking’ sejauh lima kilometer untuk ketahanan fizikal dan kerohanian. Turut mengikuti perkhemahan ini adalah guru Sekolah Rendah Islam Aman, 31 orang.
Antara foto-foto yang diambil oleh Jurukamera pada hari berkenaan:
Kuliah Maghrib
Muslimah Sejati
Amanat Displin
Perhimpunan Pagi

Kawad Kaki di Kalangan Muslimah
Kawad Kaki di Kalangan Muslimin
Suasana Sarapan Pagi di Kem Muslimah
Aktiviti Merentasi Halangan

Kawad Kaki Mengikut Kumpulan

Salah Satu Aktiviti Halangan
Cabaran Aktiviti Merentasi Halangan
Taklimat Pertandingan Nasyid dari Ustaz Nor Hafiz
Pertandingan Nasyid Muslimah Mengikut Tahun

Pertandingan Nasyid Muslimin Mengikut Tahun