Aluan Pengarah Pusat Pendidikan Aman

Segala puji bagi ALLAH, yang telah menghidupkan kita dalam Iman dan Islam; serta menganugerahkan kelapangan masa dan rezeki hingga kita mampu melaksanakan amanah yang dipikulkan kepada kita.

Sesungguhnya usaha untuk membangunkan sebuah portal bukanlah suatu yang mudah; semudah kita menatapnya.

Diucapkan syabas kepada semua yang terlibat kerana akhirnya portal ini dapat juga dibangunkan dalam bentuk yang anda tatapi sekarang. Objektif utama pembangunan portal ini adalah untuk menyampaikan informasi dan maklumat mengenai pergerakan dan aktiviti Pusat Pendidikan Aman secara atas talian.

Kepada ibu bapa tentulah portal ini merupakan sesuatu yang amat penting, yang kandungannya akan menjadi suatu informasi bermakna kepada mereka dengan capaian yang mudah dan cepat.

Kepada para pelajar pula portal ini akan merupakan suatu lokasi maya untuk berkomunikasi dengan para pelajar dan para guru melalui kemudahan forum yang dimuatkan di dalam portal ini. Bahkan bekas pelajar SRI dan SMI Aman dapat sama mengetahui informasi dan maklumat mengenai Pusat Pendidikan Aman melalui gerbang maya ini.

Kepada guru dan kakitangan pula portal ini akan merupakan rakaman kerja dan tugas kita. Apakah kita telah melakukan yang terbaik atau sebaliknya. Semuanya boleh kita imbas kembali daripada lembaran-lembaran yang telah dilakukan… sebelum kita diberikan catatan dan dipaksa membaca lembaran-lembaran amal kita di AKHIRAT nanti.

Akhir kata terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang menyumbang sehingga lahirnya Portal Pusat Pendidikan Aman ini. Semoga Allah menerimanya sebagai sebahagian dari amal soleh kita.

 

Sekian, Wassalam.

 

Omar bin Alias