Makluman
  1. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2026
  2. TAHNIAH & SELAMAT BERTUGAS!
  3. SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH, TERIMA KASIH USTAZ ALWI MANTAN GURU BESAR SRI AMAN MACHANG
  4. ANUGERAH PENINGKATAN GPS SPPIM SRI 2023 & 2024 OLEH MPGBSIM
  5. LAWATAN RASMI SEKSYEN PENGURUSAN KAFA KELANTAN
  6. SALAM MAULIDUR RASUL 1447H
  7. SALAM KEMERDEKAAN KE 68
  8. TOKOH KHIDMAT MASYARAKAT (SRI) - WAN TASNIM WAN HILMI
  9. TAHNIAH SMI AMAN - HARI ANUGERAH MUSLEH (HARUM) 2025
  10. KEJOHANAN BADMINTON MSSD KBS 2025
  11. KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
  12. TAHNIAH SMI AMAN, ANUGERAH PENINGKATAN GPS SPM 2024!
  13. PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK 2025
  14. PROGRAM IBADAH KORBAN @ SMI AMAN
  15. STRATEGIC COLLABORATION BETWEEN JTB MALAYSIA & PRIVATE EDUCATION
  16. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID (MAKEM) DAN GRADUASI SPM 2024/2025 DI SMI AMAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN MERIAH
  17. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PENUH MAKNA DI SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN, WAKAF BHARU
  18. SEKALUNG TAHNIAH SAKB ATAS KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN SUKAN PERMAINAN 2025
  19. MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH BADAN KEPIMPINAN SAWB 2025 BERLANGSUNG MERIAH
  20. PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU CEMERLANG DI MATSOGI TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2025
  21. SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU SERTAI KESUNAS 2025: SEMANGAT SUKAN DAN UKHUWAH DI PENTAS NASIONAL
  22. SELAMAT HARI GURU 2025
  23. RIANG RIA RAYA MERIAH DI SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU
  24. HARI PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2024
  25. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AMAN
  26. PELAJAR SRI AMAN WAKAF BHARU CEMERLANG DALAM KEJOHANAN CATUR MSSD TUMPAT
  27. PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU SERTAI KEM KHALIFAH MUDA 2.0 DI SHAH ALAM
  28. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN 2025 MERIAH DAN PENUH MAKNA
  29. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN SEDEKAD PENUBUHAN SRI AMAN MACHANG
  30. KEJOHANAN PING PONG MSSD MACHANG 2025
  31. KEJOHANAN PING PONG MSSD TUMPAT 2025: SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU CIPTA KEJAYAAN CEMERLANG
  32. KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MACHANG 2025
  33. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TASKA AMAN
  34. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TADIKA IMAN JUNIOR
  35. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TADIKA IMAN 1
  36. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
  37. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN
  38. KUNJUNGAN PIHAK AWFATECH GLOBAL KE PUSAT PENDIDIKAN AMAN
  39. AHLAN WASAHLAN & SELAMAT DATANG PENGURUS BESAR PPA
  40. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2024
  41. KELAS SMART QURAN AL-FATEH JUNIOR
  42. UJIAN BERTUTUR SPM 2024, SELAMAT MAJU JAYA!
  43. CAKNA BENCANA BANJIR 2024 PENDIDIKAN AMAN
  44. PROGRAM KEMASYARAKATAN TENTANG KEBAJIKAN HAIWAN PELIHARAAN
  45. TAHNIAH!!! KEJUARAAN SILAT REMAJA KELANTAN
  46. MUKHAYYAM TARBAWI PERSIAP 2024
  47. PENDAFTARAN KE SEKOLAH MENENGAH ISLAM AMAN
  48. SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN
  49. 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀
  50. SUKMA SARAWAK 2024
  51. TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH MUSLEH 2024 (HARUM)
  52. TAHNIAH GRADUAN SPAIM KOHORT 2022/2023
  53. TAHNIAH CALON SPM 2023
  54. DAULAT TUANKU
  55. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2023
  56. SAWB - TOKOH GURU BESAR CEMERLANG PERINGKAT PPD TUMPAT
  57. SRI AMAN KOTA BHARU MENANG SAGUHATI DALAM PERKISS 2023
  58. GURU BESAR SRI AMAN WAKAF BHARU TERIMA ANUGERAH GURU BERWIBAWA
  59. INSTITUSI AMAN RAIH KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN VIDEO PENDEK IKRAM MUSLEH 2023
  60. SALAM MAAL HIJRAH 1445H/2023
  61. PELAJAR MTA MEMENANGI TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN HAFAZAN LELAKI PERINGKAT ZON KB 3
  62. PELAJAR SMI AMAN RAIH KEPUTUSAN SPM CEMERLANG
  63. TAHNIAH PEMENANG PINGAT EMAS KEJUARAAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN PENDEKAR SEABAD 2023
Image Banner

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2026

🌿 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH | SESI 2026 🌿

Hari ini bukan sekadar lembaran kalendar yang berganti. Ia adalah permulaan baharu sebuah perjalanan ilmu, tempat adab diperkemas, akhlak diasuh dan potensi insan disuburkan.

Di Pusat Pendidikan Aman, kami tidak hanya mendidik untuk lulus peperiksaan, tetapi membina generasi berilmu, berakhlak dan berjiwa besar yang memahami tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi.

Setiap langkah murid hari ini adalah benih masa hadapan. Setiap doa guru adalah cahaya yang menerangi jalan mereka & setiap usaha ibu bapa adalah amanah yang kami pikul bersama penuh komitmen.

✨ Selamat kembali ke sekolah, warga Aman.
✨ Selamat melangkah dengan tekad, disiplin dan kesungguhan.
✨ Semoga sesi 2026 menjadi saksi lahirnya insan mulia yang memberi makna kepada ummah dan negara.

Tadika Iman Junior | Tadika Iman Junior | Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu | Sekolah Rendah Islam Aman Wakaf Bharu | Sekolah Rendah Islam Aman Machang | Sekolah Menengah Islam Aman - SMI AMAN

“Membina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang.”

#SelamatKembaliKeSekolah
#Sesi2026
#PusatPendidikanAman
#MembinaInsanMulia 

LAGI

TAHNIAH & SELAMAT BERTUGAS!

Tahniah & Selamat Bertugas

Pusat Pendidikan Aman merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan kepimpinan baharu di Sekolah Rendah Islam Aman Machang:

🔹 Pn Adilah binti Abd Rahman
sebagai Guru Besar

🔹 Pn Tengku Yasmin binti Mohd Yusoff
sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

🔹 Pn Nurul Faziha binti Azlan
sebagai Penolong Kanan Kurikulum

Semoga barisan kepimpinan ini dapat menggalas amanah dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan dan keikhlasan dalam menerajui kecemerlangan akademik, sahsiah serta kebajikan murid selaras dengan visi dan hala tuju Pusat Pendidikan Aman.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan memberkati setiap langkah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Membina Insan Mulia melalui Institusi Penyayang”

 

Layari Facebook Pusat Pendidikan Aman untuk info lanjut di https://www.facebook.com/PusatPendidikanAman

LAGI

SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH, TERIMA KASIH USTAZ ALWI MANTAN GURU BESAR SRI AMAN MACHANG

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan buat Ustaz Alwi, Guru Besar Sekolah Rendah Islam Aman Machang, atas khidmat bakti yang tidak ternilai sepanjang hampir 11 tahun bersama Institusi Aman.
 
Sepanjang tempoh tersebut, Ustaz Alwi telah menjadi tonggak kepimpinan, pembimbing yang istiqamah serta pendidik yang sentiasa mendidik dengan ilmu, akhlak dan kasih sayang. Segala jasa, pengorbanan dan sumbangan Ustaz Alwi akan terus terpahat dalam perjalanan dan sejarah SRI Aman Machang.
 
Hari ini 3 Januari 2026, menandakan berakhirnya satu fasa perkhidmatan yang penuh makna dan bermulanya lembaran baharu dalam kehidupan Ustaz Alwi selepas persaraan.
 
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda, dikurniakan kesihatan yang baik serta keberkatan dalam setiap langkah selepas persaraan.
 
🌿 Jasamu dikenang, baktimu sepanjang zaman.
Terima kasih Ustaz Alwi.
LAGI

ANUGERAH PENINGKATAN GPS SPPIM SRI 2023 & 2024 OLEH MPGBSIM

📣 Tahniah atas Peningkatan Gred Purata Sekolah (SPPIM SRI 2023 & 2024)! 🎉 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan sekolah-sekolah rangkaian Sekolah Rendah Islam (SRI) di bawah naungan Pusat Pendidikan Aman yang telah menerima Anugerah Peningkatan Gred Purata Sekolah (SPPIM SRI 2024) daripada Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM).
 
🏅 Penerima Anugerah SPPIM SRI 2024
 
Kejayaan ini meneruskan rekod cemerlang tahun sebelumnya:
 
🏅 Penerima Anugerah SPPIM SRI 2023
 
🌿 Sesungguhnya kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi cerminan usaha dan doa yang berterusan. Di sebalik pencapaian ini tersimpan semangat warga pendidik yang gigih, sokongan ibu bapa yang padu, dan kesungguhan anak-anak didik yang tidak pernah jemu berusaha.
 
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SAKB, SAWB dan SRIAM atas peningkatan prestasi yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh dalam mendidik generasi rabbani yang berilmu dan berakhlak mulia. 🌸
 
LAGI

LAWATAN RASMI SEKSYEN PENGURUSAN KAFA KELANTAN

📢 Lawatan Rasmi Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan
 
Alhamdulillah, Pusat Pendidikan Aman telah menerima lawatan daripada wakil Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan Kelantan ke tiga cawangan kami:
 
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan atas lawatan ini.
 
🔹 Pusat Pendidikan Aman merancang untuk melaksanakan Kurikulum KAFA di semua Sekolah Rendah Islam (SRI) Aman bermula tahun 2026.
🔹 Dengan izin Allah, murid Tahun 5 pada tahun 2028 akan berpeluang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di bawah kelolaan JAKIM.
 
💡 Usaha ini selaras dengan impian kami untuk mendidik anak-anak melalui pembentukan Insan Rabbani – Generasi Qurani, agar lahir pelapis ummah yang berilmu, berakhlak dan berjiwa Islam sejati.
 
✨ “Membina Insan Mulia melalui Institusi Penyayang” ✨
 
 
LAGI

SALAM MAULIDUR RASUL 1447H

✨ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H / 2025 ✨
 
Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ membawa cahaya hidayah, kasih sayang dan rahmat untuk sekalian alam.
 
Tema sambutan tahun ini, “Membangun Ummah Madani”, mengajak kita meneladani akhlak Rasulullah ﷺ dalam membina masyarakat yang berilmu, beradab dan penuh kasih sayang.
 
📖 Pendidikan Islam bukan sekadar ilmu di dalam buku, tetapi proses membentuk hati dan jiwa agar lebih dekat dengan Allah, mencontohi sifat amanah, jujur, adil dan ihsan yang ditunjukkan Baginda Nabi SAW.
 
🌹 Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ, memahami sirah baginda, serta mendidik generasi muda agar menjadi pewaris Ummah Madani yang berakhlak mulia.
 
💫 Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini memperkukuh iman, menyemai cinta kepada Rasulullah ﷺ dan memperteguh ukhuwah sesama kita.
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
LAGI

SALAM KEMERDEKAAN KE 68

🇲🇾 68 Tahun Merdeka: Ilmu Menyatukan, Rakyat Disantuni 🇲🇾

Di bawah payung Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, kita menzahirkan penghayatan kemerdekaan bukan sahaja melalui cinta tanah air, tetapi juga melalui pendidikan yang membentuk insan berdaya saing dan bertanggungjawab.
Terima kasih kepada pejuang silam atas pengorbanan mereka, kini giliran kita pula menyemai semangat cintakan ilmu dan patriotisme agar Malaysia dapat melahirkan lebih ramai generasi yang intelektual, makmur dan sejahtera. ❤️🤍💙💛
LAGI

Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan